Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor tangkap ular sawa baham ayam di Batu 5, Sungai Raya
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor tangkap ular sawa baham ayam di Batu 5, Sungai Raya

Utusan Sarawak 5 days ago
DALAM REBAN….Ular sawa dalam reban telah membaham ayam. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Ayam dalam reban telah menjadi mangsa seekor ular sawa, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 7.09 pagi.

“Tiga anggota bomba bergegas ke lokasi sebuah rumah di Batu 5, Sungai Raya selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sampai di lokasi, didapati ular sawa masih berada dalam reban dan telah membaham ayam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ular sawa ditangkap menggunakan alat penjerut ular dan penangkap ular.

“Ular sawa berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 16 minit.

“Selepas ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal dan khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 7.40 pagi,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Bekalan Air Lawas terganggu akibat paip pecah di Jalan Gelugus
Next: Monumen sejarah Perang Dunia Kedua dirasmikan di Taman Chiang Chuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.