Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor perkukuh kemahiran pengendalian haiwan liar
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor perkukuh kemahiran pengendalian haiwan liar

Utusan Sarawak 3 hours ago
LATIHAN….Anggota bomba berlatih mengendalikan reptilia. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Latihan khusus pengendalian haiwan liar di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menjadi platform untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) anggota bomba ketika menangani reptilia seperti ular sawa.

Ia dilaksanakan bagi memastikan setiap anggota bomba memiliki kemahiran teknikal yang teratur dan memahami kaedah pengendalian yang betul ketika berdepan hidupan liar. 

Latihan tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai yang memberi penerangan menyeluruh mengenai prosedur kawalan, penggunaan peralatan serta pendekatan selamat ketika menguruskan reptilia bersaiz besar.

LATIHAN….Anggota bomba berlatih mengendalikan reptilia. Foto BBP Bintangor 

Turut mengendalikan sesi perkongsian ialah Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Abdul Rahman Isa yang menyampaikan ilmu hasil daripada kursus pengendalian haiwan liar yang telah beliau hadiri sebelum ini.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin turut bersama dalam latihan tersebut bagi memberikan sokongan dan penekanan terhadap kepentingan kesiapsiagaan anggota bomba. 

Katanya, latihan berterusan amat penting bagi memastikan tahap profesionalisme anggota bomba sentiasa terpelihara.

“Latihan seperti ini meningkatkan keyakinan dan kemahiran anggota bomba ketika mengendalikan haiwan liar.

LATIHAN….Anggota bomba berlatih mengendalikan reptilia. Foto BBP Bintangor 

“Ia membantu memperkemas SOP agar setiap tugasan dapat dijalankan dengan teratur,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, penguasaan teknik yang betul dapat mengurangkan risiko kecederaan dan memastikan operasi berjalan dengan lancar.

“Pengendalian reptilia memerlukan fokus, peralatan sesuai dan latihan yang konsisten. 

“Dengan kemahiran yang dipertingkatkan, anggota bomba dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan selamat,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk bimbang dengan risiko banjir musim hujan
Next: RT terus jadi tonggak kesepaduan sosial selaras aspirasi MADANI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.