Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor jayakan ceramah kebakaran di SMK Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor jayakan ceramah kebakaran di SMK Meradong

Utusan Sarawak 3 days ago
PENGISIAN AKTIVITI….Antara pengisian aktiviti dijalankan di SMK Meradong, semalam. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 1,397 pelajar, 133 guru dan 13 kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong menyertai program ceramah keselamatan kebakaran yang diadakan di sekolah berkenaan, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program bermula seawal 7.00 pagi dan dikendalikan oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mijan Pamin bersama enam anggota bomba.

“Antara pengisian utama program ialah demonstrasi penggunaan alat pemadam api (APA) serta pameran jentera bomba.

“Pasukan kami juga melaksanakan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di sekitar kawasan sekolah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama baik yang diberikan oleh seluruh warga SMK Meradong sepanjang program berlangsung.

“Alhamdulillah, program selesai sekitar 10.00 pagi dan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.” katanya

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Penipuan siber fokus utama perhimpunan Hospital Miri
Next: 65 mangsa kebakaran Kampung Hilir ditempatkan di PPS Sekolah LAKIS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.