Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor berjaya tangkap ular tedung hitam
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor berjaya tangkap ular tedung hitam

Utusan Sarawak 1 week ago
DITANGKAP….Ular tedung hitam berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular. -Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya menangkap seekor ular tedung hitam yang ditemui di luar rumah kuarters Klinik Bintangor, semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.11 pagi. 

“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Jais Ahad bersama seorang anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular tedung hitam masih berada di luar rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, ular tedung hitam berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular ditangkap dalam tempoh lebih kurang 15 minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 8.30 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Pembangunan berkesan perlukan sokongan rakyat, bukan tugas pemimpin semata-mata
Next: 33 warga SK Assan Nunggang sertai latihan keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.