

KHIDMAT KHAS… Anggota bomba membantu mengangkat pesakit obesiti ke dalam ambulans. Foto BBP Bintangor
BINTANGOR: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan khidmat khas mengangkat pesakit obesti ke dalam ambulans.
Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 5.34 petang semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Haron Jenai bersama lima anggota bomba bergegas ke lokasi di Jalan Bakong.
“Setibanya di lokasi, didapati pesakit obesiti memerlukan bantuan untuk diangkat ke dalam ambulans dan dihantar ke Klinik Kesihatan Bintangor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pasukan bomba membantu mengangkat pesakit tersebut ke dalam ambulans.
“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 7.00 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek