Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba bincang penubuhan PBS bersama komuniti rumah panjang di Pakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba bincang penubuhan PBS bersama komuniti rumah panjang di Pakan

Utusan Sarawak 12 hours ago
KUNJUNGAN….Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkunjung ke Rumah Kanyan Sudok di Nyalak Atas, baru-baru ini. 

PAKAN: Usaha memperkukuh kesiapsiagaan komuniti luar bandar diteruskan apabila pihak bomba mengadakan kunjungan ke Rumah Kanyan Sudok di Nyalak Atas bagi membincangkan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, bersama seorang anggota bomba. Perjalanan mengambil masa lebih satu jam setengah dari BBP Bintangor sebelum mereka tiba di rumah panjang berkenaan, baru-baru ini.

“Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha memperluas jaringan kesiapsiagaan komuniti di kawasan pedalaman, sejajar dengan misi bomba menjangkau lebih ramai komuniti luar bandar.

“Penubuhan PBS amat penting bagi mempercepatkan tindakan awal ketika kecemasan, sementara menunggu bantuan penuh tiba dari balai,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, semasa kunjungan tersebut, beliau turut menjemput pasukan Celik Suri yang sedia ada di Rumah Kanyan untuk menghadiri program pengukuhan pasukan Celik Suri yang dijadualkan diadakan di BBP Bintangor pada 26 Julai ini.

“Program itu nanti akan memberi latihan tambahan termasuk simulasi penggunaan alat pemadam api, pengendalian insiden kebakaran domestik dan pengurusan kecemasan asas.

“Sumbangan pasukan Celik Suri dan PBS amat besar dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda, lebih-lebih lagi di lokasi jauh dari pusat bandar,” katanya. 

Tambahnya, dalam masa sama, taklimat ringkas turut disampaikan kepada penghuni rumah panjang melibatkan pengenalan fungsi dan cara penggunaan alat pemadam api serta peranan penting selimut kebakaran dalam mengawal kebakaran dapur pada peringkat awal.

Turut hadir Tuai Rumah (Tr) Kanyan Sudok.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM190,000 untuk gelanggang bola keranjang berbumbung di Sarikei
Next: Gelanggang futsal Bario bukti usaha bersama, Gerawat rakam penghargaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.