Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba bertindak pantas alih pokok tumbang di Sungai Sibau
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba bertindak pantas alih pokok tumbang di Sungai Sibau

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba memotong dahan pokok tumbang menggunakan mesin gergaji berantai. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas pasukan bomba telah berjaya mengalihkan sebatang pokok tumbang yang menghalang lalu lintas di Sungai Sibau, Ulu Sarikei sekali gus memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran trafik di kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.00 petang semalam.

“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Tamizi bersama tiga anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok telah tumbang dan menghalang lalu lintas di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pasukan bomba bertindak memotong dahan pokok yang tumbang menggunakan mesin gergaji berantai.

“Dahan pokok tumbang yang telah dipotong dialih ke tepi jalan.

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 3.35 petang,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Buaya kerap muncul di Waterfront kerana diberi makan, buang sampah, sisa makanan ke sungai – dakwa aktivis
Next: Rumah Sulutan Bakong dilanda banjir, 130 penduduk terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.