Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba bertindak musnahkan sarang tebuan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba bertindak musnahkan sarang tebuan

Utusan Sarawak 4 days ago
DIMUSNAHKAN….Anggota bomba memusnahkan sarang tebuan. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Pasukan bomba telah memusnahkan sebuah sarang tebuan yang terletak di atas bumbung sebuah rumah di Jalan Sing Hock, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 5.59 petang.

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba bergerak ke lokasi untuk memusnahkan sarang tebuan. 

“Setibanya di lokasi, didapati sarang tebuan berada di atas bumbung rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, anggota bomba memusnahkan sarang tebuan menggunakan obor api dan penyembur racun serangga. 

“Sarang tebuan berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang 56 minit. 

“Khidmat khas memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada 7.18 malam,” katanya. 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular lidi berjaya ditangkap
Next: Gawai Dayak serlah keunikan budaya, warisan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.