
BINTANGOR: Tindakan pantas bomba berjaya menangkap seekor ular yang berada di dalam sebuah rumah di Jalan Janting Utara, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang.
“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular masih berada di dalam rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, ular berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 11 minit.
“Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 5.13 petang dan ular telah dilepaskan semula ke habitat asal,” katanya.
Oleh Earl Anek