
BINTANGOR: Operasi khidmat khas pihak bomba berjaya menghapuskan ancaman tebuan selepas sarang serangga itu dikesan di atas bumbung sebuah rumah di Batu 7.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang semalam.
“Sepasukan bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati sarang tebuan berada di bahagian atas bumbung rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, anggota bomba memakai pakaian pelindung diri (PPE) sebelum memusnahkan sarang tebuan.
“Tindakan operasi dijalankan menggunakan semburan racun serangga bagi memusnahkan sarang tebuan secara selamat dan terkawal.
“Khidmat khas memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada 7.43 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek