Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bomba bantu wanita tanggalkan cincin tersekat di jari
  • KEMALANGAN

Bomba bantu wanita tanggalkan cincin tersekat di jari

Utusan Sarawak 3 days ago
DIPOTONG….Anggota bomba memotong cincin yang lekat dijari seorang wanita menggunakan peralatan khas. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seorang wanita tempatan meminta bantuan pihak bomba untuk memotong cincin yang tersekat dijarinya. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 3.06 petang, baru-baru ini. 

“Sepasukan bomba diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Lau Heng Sing bergegas ke lokasi di Terminal Ekspres I selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, wanita tersebut memaklumkan cincin di jarinya tidak dapat dikeluarkan kerana jarinya sudah bengkak,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, cincin tersebut berjaya dipotong menggunakan peralatan khas. 

“Khidmat khas memotong cincin selesai sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang 49 minit. 

“Operasi selesai sepenuhnya pada 4.00 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Remaja 13 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Katibas
Next: Pacuan empat roda kemalangan kendiri di Jalan Kuching-Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.