

BAU: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau membantu memindahkan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Segong yang terjejas akibat banjir untuk pulang dari sekolah dengan selamat semasa rondaan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Kampung Segong, hari ini.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, rondaan tersebut dijalankan pada 11.20 pagi bagi memantau keadaan semasa susulan hujan yang berpotensi menyebabkan kenaikan paras air di kawasan berkenaan.
Seramai 120 pelajar dan 14 guru terlibat dalam pemindahan tersebut.
Operasi itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 15 anggota serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai lapan anggota, manakala pihak bomba menugaskan lima anggota.
Keadaan di kawasan berkenaan dilaporkan terkawal dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa.