Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba bantu hantar mayat ke rumah guna bot
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba bantu hantar mayat ke rumah guna bot

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA bomba semasa menghantar mayat ke rumah menggunakan bot penyelamat, melalui Sungai Ngemah ke Jambatan Majau, Kanowit hari ini. Foto PGO Bomba

KANOWIT: Pihak bomba menjalankan khidmat khas dengan menghantar mayat menggunakan bot penyelamat selepas jalan ke Rumah Panjang Guntur terputus akibat banjir di sini, hari ini.

ANGGOTA bomba semasa menghantar mayat ke rumah menggunakan bot penyelamat, melalui Sungai Ngemah ke Jambatan Majau, Kanowit hari ini. Foto PGO Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 pagi sebelum menggerakkan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 11.56 pagi, pasukan operasi mendapati jalan menuju ke Rumah Panjang Guntur dinaiki air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan yang digunakan untuk menghantar keranda berisi mayat,” katanya dalam satu kenyataan.

Komander operasi kemudian mengarahkan anggota bomba bersama ahli keluarga mendiang untuk memindahkan keranda ke dalam bot penyelamat sebelum dibawa melalui Sungai Ngemah ke Jambatan Majau, Kanowit.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cetus kelainan agih bubur kapur gula apong
Next: Program Samarahan Prihatin raikan 243 asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.