Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bom Perang Dunia Kedua yang belum meletup dimatikan di Hong Kong  
  • GLOBAL

Bom Perang Dunia Kedua yang belum meletup dimatikan di Hong Kong  

Utusan Sarawak 4 weeks ago
BOM dipercayai masih berfungsi sepenuhnya dan berpotensi menyebabkan kemalangan jiwa jika tidak dikendalikan dengan betul.

HONG KONG: Polis Hong Kong berjaya mematikan bom Perang Dunia Kedua yang belum meletup ditemukan di tapak pembinaan di Daerah Timur, hari ini, menurut taklimat polis yang dipetik Xinhua.

Polis memaklumkan kawasan tapak berkenaan dan persekitarannya kini selamat untuk penduduk yang dipindahkan kembali ke rumah masing-masing, manakala semua jalan yang ditutup telah dibuka semula.

Walaupun operasi tertunda akibat hujan, pasukan polis berjaya menebuk lubang pada bom itu dan membakar bahan letupan TNT kira-kira 227 kilogram di dalamnya, satu operasi berisiko tinggi memandangkan kekuatan bom berkenaan, kata pegawai kanan pelupusan bom Biro Pelupusan Bahan Letupan Polis, Suryanto Chin-chiu.

Untuk melupuskan bom yang dilepaskan dari udara sepanjang 1.5 meter seberat 454 kilogram itu, polis telah memindahkan sekitar 6,000 orang dari bangunan berhampiran menjelang pukul 11.00 malam pada Jumaat lalu.

Sebahagian daripada mereka bermalam di pusat komuniti dengan bantuan pasukan kebajikan dan anggota Majlis Daerah.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bekas PM Nepal minta siasat, nafi arah lepas tembakan ke arah protes ganas
Next: Gempa bumi bermagnitud 4.3 cetus panik di kawasan San Francisco

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.