Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bolot enam anugerah, ‘Babah’ dinobat Filem Terbaik FFM34
  • HIBURAN

Bolot enam anugerah, ‘Babah’ dinobat Filem Terbaik FFM34

Utusan Sarawak 22 hours ago

KUALA LUMPUR: Filem “Babah” dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini malam tadi.

Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi.

Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama iaitu Soloz: Game of Live, Takluk: Lahad Datu, Reversi serta Blood Brothers: Bara Naga.

Anugerah utama itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dengan diiringi Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Bukan itu sahaja, pelakon utama filem berkenaan, Qi Razali dan Sweet Qismina masing-masing berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki serta Wanita Terbaik.

Qi Razali (kiri) dan Sweet Qismina bawa pulang trofi Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-34, malam tadi. Foto FB FINAS

Selain itu, Babah turut memenangi trofi lakon layar terbaik, Cerita Asal Terbaik dan pengarahnya, Mohd Shah Faizul Ibrahim pula menggondol trofi Pengarah Harapan.

Sementara itu, filem yang turut memberi saingan sengit iaitu Blood Brothers: Bara Naga juga memenangi enam kategori iaitu Anugerah Khas Filem Box Office, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Dua filem iaitu Ejen Ali The Movie 2 dan Takluk: Lahad  Datu menerima Anugerah Khas Juri manakala produksi FFM34 menganugerahkan pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar trofi Khas Sepanjang Zaman.

Bertemakan “Karya Kreatif, Sinema Dinamik”, setiap pemenang FFM34 menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas menerima RM10,000 dan trofi.

Berikut senarai pemenang FFM34:

Filem Terbaik: Babah (Nads Media Entertainment Sdn Bhd)

Pengarah Terbaik: Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)

Pengarah Harapan: Shah Faizal (Babah)

Cerita Asal Terbaik: Nadia Nadzri (Babah)

Lakon Layar Terbaik: Wan Rafiq (Babah)

Pelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)

Pelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ellie Suriaty (Telaga Suriram)

Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council) 

Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tegkang)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)

Anugerah Khas Juri 1: Ejen Ali The Movie 2

Anugerah Khas Juri 2: Takluk: Lahad Datu

Anugerah Khas Karyawan: Hassan Muthalib

Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar 

Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik: Defenderz Action Team (Blood Brothers: Bara Naga)

Penyunting Terbaik: Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)

Sinematografi Terbaik: Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)

Penataan Seni Terbaik: Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang) 

Penataan Bunyi Terbaik: Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life) 

Penyunting Terbaik: Soloz: Game Of Life 

Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga) 

Skor Muzik Asal Terbaik: Soloz: Game Of Life 

Kesan Khas Visual Terbaik: Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life) 

Poster Terbaik: Arst (Tegkang)

Rekaan Kostum/Busana Terbaik: Farah Syaliq (Mencari Ramlee) 

Tatarias/Solekan Terbaik: Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu

Filem Pendek Terbaik: Rastech Worldwide Sdn Bhd (Saranghae)

Dokumentari Terbaik: Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Fan Bingbing menyerlah di Festival filem Tokyo, memuji profesionalisme kru produksi Mother Bhumi
Next: Peminat Taylor Swift serbu muzium di Jerman yang simpan lukisan ‘Ophelia’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.