Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Boling: Malaysia cadang kembali ke format lama pada Sukan SEA 2027
  • SUKAN

Boling: Malaysia cadang kembali ke format lama pada Sukan SEA 2027

Utusan Sarawak 5 hours ago
SETIAUSAHA Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok bercakap ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bilangan 1/2026 acara boling di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia bercadang untuk mengembalikan saingan acara boling kepada format tradisional pada Sukan SEA ke-34, yang dijadual dianjurkan pada 2027.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok berkata, selain perubahan format, terdapat perancangan untuk menambah jumlah acara kepada had maksimum yang dibenarkan dalam usaha memastikan Malaysia terus kekal sebagai kuasa besar sukan berkenaan di rantau ini.

“Kita akan kembali kepada format lama iaitu bermain dalam enam permainan sebelum pemenang ditentukan.

“Jadi kita akan mengikut semula format Sukan SEA yang terdahulu dan menambah jumlah acara kepada maksimum yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Pada edisi ke-33 di Thailand pada 2025, tuan rumah memperkenalkan format baharu apabila pemenang pingat ditentukan menerusi sistem kalah mati satu permainan. 

Walaupun berdepan format yang mencabar di Bangkok, Malaysia muncul juara keseluruhan acara boling pada Sukan SEA 2025 iaitu gelaran pertama seumpamanya sejak edisi 2017.

Skuad kebangsaan meraih dua pingat emas, satu perak dan empat gangsa daripada enam kategori yang dipertandingkan, sekali gus mengetepikan juara bertahan Singapura yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan dua emas dan empat gangsa.

Sukan SEA 2027 dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 29 September, dengan acara-acara bakal diadakan di empat kluster melibatkan Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: ‘Tiada apa yang bagus’, kata Mac Allister walaupun Liverpool menang
Next: PWM cadang MSN pertimbang naik gaji jurulatih tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.