Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Boleh jadi produk premium
  • BISNES

Boleh jadi produk premium

Utusan Sarawak 5 years ago

BELURAN, 23 Ogos -- Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melakukan kerja-kerja menugal pada program projek tanaman padi bukit di Kampung Lumou, Telupid hari ini.
kementerian Pertanian dan Industri Makanan meluluskan peruntukan sebanyak RM40.34 juta untuk membantu seramai 63,521 pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak. 
Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Azulita Salim (kiri). — fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERJA-KERJA MENUGAL… Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melakukan kerja-kerja menugal pada program projek tanaman padi bukit di Kampung Lumou, Telupid semalam. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan meluluskan peruntukan RM40.34 juta untuk membantu 63,521 pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak. Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Azulita Salim (kiri). • Foto BERNAMA

BELURAN: Padi bukit yang ditanam di Sabah dan Sarawak boleh dijadikan sebagai produk premium yang dapat menembusi pasaran lebih luas, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata ini akan dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada petani dan seterusnya, meningkatkan pengeluaran padi negara selain mengurangkan pengimportan beras.

“Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sebanyak RM42 juta diperuntukkan untuk program bantuan padi bukit termasuk baja dan racun.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran beras negara dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import dari negara luar,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Tanaman Padi Bukit Kampung Lumou di Telupid dekat sini, semalam.

Menurut Kiandee, beliau berharap sektor tanaman padi bukit dapat dimodenkan sesuai dengan keadaan semasa.

“Saya menyeru kepada semua pengusaha tanaman padi bukit agar menggunakan sumber dan bantuan berkualiti daripada kementerian secara sistematik dan berkesan.

“Saya percaya pengeluaran padi bukit dapat ditingkatkan dan akhirnya menambah pendapatan para pengusaha,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Rizab antarabangsa BNM pada AS$104.3 bilion
Next: KPPK jalin kerjasama erat dengan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.