Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • BOLA BALING PIALA KM, DARJ Masih samar…
  • SUKAN

BOLA BALING PIALA KM, DARJ Masih samar…

Utusan Sarawak 5 years ago
SETIAUSAHA… Dr Abang Ismail.

STATUS untuk memulakan Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak 2020 membabitkan dua piala pusingan, Piala Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg (Kategori Lelaki) dan Piala Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (Kategori Wanita) masih samar.

Meskipun, badan induk iaitu Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA) sebelum ini menetapkan tarikh kejohanan akan berlangsung 17 hingga 20 Disember nanti.

Setiausaha Agung SAHA, Dr Abang Ismail Abang Julhi memberitahu, memang sebelum ini pihaknya menetapkan saingan kejohanan berprestij itu ke satu tarikh baharu (17 – 20 Disember).

Bagaimanapun tegas Dr Abang Ismail, pihaknya masih menunggu pengumuman daripada pihak kerajaan sama ada membenarkan aktiviti sukan secara bersentuhan boleh dijalankan.

“Setakat ini hanya acara sukan tanpa bersentuhan dibenar untuk dilangsungkan dan kita berharap ada perubahan terhadap perkara itu bagi membolehkan pihak kita melihat ada keperluan untuk meneruskan kejohanan ini atau menangguhkannya terlebih dahulu,” tegas beliau ketika mengulas mengenai perkara itu.

Menurut Dr Abang Ismail, meskipun situasi negara yang menampakkan perubahan postif dari musibah berkenaan.

Akan tetapi katanya, perlu menunggu perkeliling daripada pihak berkuasa berhubung kebenaran bagi membolehkan kejohanan dilangsungkan.

Sebagai mana diketahui hampir 40 pasukan sebelum ini telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu yang terdiri dari pasukan berstatus kelab, negeri-negeri di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak selaku tuan rumah.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Kompleks sukan bertaraf antarabangsa dibina di Selangau
Next: Pentas lahirkan pemain berbakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.