Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
  • GLOBAL

Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok

Utusan Sarawak 7 months ago
PESAWAT Boeing 737 MAX dipasang di Kilang Boeing Renton di Renton, Washington. FotoAFP

SAN JOSE (California, Amerika Syarikat): Pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing mengemukakan tawaran baharu yang lebih baik kepada ribuan pekerjanya, termasuk kenaikan gaji sebanyak 38 peratus dalam tempoh empat tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kesatuan sekerja Association of Machinists and Aerospace Workers (IAM) pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.

Tawaran baharu itu dibuat selepas mogok berlarutan selama tujuh minggu sejak 13 September lalu.

Minggu lalu, 94 peratus pekerjanya bertindak menolak tawaran kenaikan gaji 35 peratus selama empat tahun.

Pada pertengahan September, mereka menolak tawaran pertama Boeing, termasuk kenaikan gaji 25 peratus, dengan majoriti hampir 95 peratus.

Cadangan terbaru ini juga merangkumi bayaran sekali sahaja sebanyak AS$12,000. Kesatuan berjaya berunding untuk mengekalkan bayaran bonus yang pada asalnya ingin dihapuskan sebagai sebahagian daripada tawaran kedua.

Mogok berkenaan telah melumpuhkan pengeluaran model 737 yang paling laris dan pesawat jarak jauh 777.

Syarikat tersebut kini menghadapi pelbagai isu dengan pesawatnya dan berdepan masalah kewangan besar. Pertikaian buruh ini menambahkan lagi tekanan kepada Boeing.

Pekerja Boeing melalui beberapa siri pembekuan gaji sepanjang dekad lalu dan kini menuntut kenaikan gaji yang ketara.

Boeing, yang mempunyai sekitar 170,000 pekerja baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk mengurangkan 10 peratus daripada jumlah pekerjanya. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sekolah di Jepun catat rekod tertinggi kes ponteng, buli
Next: Peru luluskan kemasukan anggota tentera AS, bantu keselamatan sidang kemuncak APEC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.