Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Boeing, SEDCE, Equatic meterai MoU bangunkan fasiliti penyingkiran karbon di Sarawak
  • TEMPATAN

Boeing, SEDCE, Equatic meterai MoU bangunkan fasiliti penyingkiran karbon di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
WAKIL daripada Boeing, Equatic, SEDCE dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, di Kuching, Sarawak

KUCHING: Boeing, SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) dan pakar penyingkiran karbon – Equatic Inc telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan fasiliti khas penyingkiran karbon di Sarawak.

Boeing dalam satu kenyataan hari ini berkata projek itu bertujuan memajukan teknologi penyingkiran karbon serta menyokong rancangan tenaga bersih kerajaan negeri Sarawak dengan faedah alam sekitar dan ekonomi yang ketara.

“Fasiliti dicadangkan itu akan memanfaatkan teknologi berasaskan air laut Equatic untuk mengeluarkan 365 tan karbon dioksida, pada masa sama menghasilkan 10 tan hidrogen hijau dan 80 tan kalsium karbonat (batu kapur) setiap tahun.

“Kos operasi projek itu akan diimbangi oleh hasil dijana daripada penjualan tiga aliran pengeluaran,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDCE Robert Hardin berkata perkongsian ini membuka jalan untuk memajukan proses penyingkiran karbon dan teknologi hidrogen.

“Teknologi baharu muncul Equatic ini mempunyai potensi luas. Walaupun ini adalah fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia memerlukan sokongan dan ekosistem yang betul untuk membawanya ke peringkat seterusnya dan Sarawak merupakan lokasi sesuai untuk pengeluaran hidrogen bersih dan penyingkiran karbon,” katanya.

Boeing dengan kerjasama selama 78 tahun dengan Malaysia berhasrat untuk menyediakan sokongan pembangunan projek untuk kemudahan berkenaan, ia dijadual memulakan operasi pada 2026.

Memajukan proses penyingkiran karbon adalah satu aspek strategi Boeing untuk penyahkarbonan penerbangan bersama-sama dengan pembaharuan pesaawat, bahan api boleh diperbaharui, teknologi canggih dan kecekapan operasi.

“Boeing mengembangkannya (proses penyahkarbonan) secara global untuk memajukan matlamat kemampanan pelanggan dan pihak berkepentingan kami,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Komersial Boeing Asia Tenggara dan Oceania, Erika Pearson.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai teknologi Equatic Gaurav Sant berkata penyingkiran karbon dan hidrogen hijau merupakan tonggak asas misi syarikat itu untuk membolehkan penyahkarbonan dengan menjimatkan kos.

“Dengan memanfaatkan misi hidrogen hijau Sarawak, asas kuasa hidroelektrik dan matlamat penyahkarbonan, projek ini akan mempercepatkan penskalaan komersial teknologi penyingkiran karbon kami untuk manfaat rantau ini dan seluruh dunia,” katanya.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar buka pejabat STATO di Pontianak pada 2026
Next: I-CATS, Boeing jalin kerjasama perkukuh pengajian penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.