Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Boeing Jepun sambut baik peluang kerjasama bersama Sarawak
  • SEMASA

Boeing Jepun sambut baik peluang kerjasama bersama Sarawak

Utusan Sarawak 5 months ago

PRESIDEN Boeing Jepun, Eric G. John

TOKYO: Syarikat penerbangan Boeing, Jepun menyambut baik usaha peluang kerjasama yang diterokai bersama kerajaan Sarawak.

Presiden Boeing Jepun, Eric G.John berkata, beliau secara peribadi sangat teruja berjumpa dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mempunyai visi yang jelas dan menarik berhubung pembangunan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) untuk industri penerbangan.

Menurutnya, pihak Boeing bersedia memberi sokongan terhadap visi Premier Sarawak tersebut bagi manfaat masa depan sektor penerbangan secara keseluruhannya.

“Pertama sekali, kami sangat teruja untuk berjumpa dengan Premier Sarawak. Beberapa perkara yang menarik bagi saya adalah pertamanya, visi beliau terhadap penerbangan mampan dan bahan api mampan di Malaysia.

“Kedua, visi beliau terhadap mengembangkan Sarawak dan sebagai seseorang yang pernah menghabiskan banyak masa di Asia Tenggara, saya sendiri dengan itu dibelakangnya menyokong idea beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UKAS dan TVS selepas melakukan perbincangan bersama Premier Sarawak dan rombongan kerajaan Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Eric berkata, perkara ketiga yang dibincangkan bersama adalah peluang untuk menerangkan bagaimana Boeing boleh berkembang bersama wilayah Sarawak dan apa yang kita boleh lakukan untuk menyumbang kepada visi tersebut.

“Jadi, ini adalah peluang yang baik untuk kita bincangkan pada hari ini,” katanya. – EDISI UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak, Boeing Jepun teroka kerjasama sektor penerbangan, pembangunan SAF
Next: Sarawak perkenal program CIB sebagai pemantau, penentu kualiti projek PBT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.