Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Boeing 737 MAX dapat pelepasan menjelang akhir tahun
  • GLOBAL

Boeing 737 MAX dapat pelepasan menjelang akhir tahun

Utusan Sarawak 5 years ago
Boeing 737 MAX digantung penerbangan selama 18 bulan selepas terbabit dalam dua kemalangan maut. – Foto AFP

NEW YORK: Ketua Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) berkata, pesawat Boeing 737 MAX yang digantung penerbangan selama 18 bulan selepas terbabit dalam dua kemalangan maut, mungkin menerima persijilan untuk terbang lagi di Eropah pada akhir tahun ini.

Ketua Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA), Patrick Ky, memberitahu wartawan melalui sidang media video, untuk kali pertama dalam satu setengah tahun, beliau kini yakin dengan kerja akhir terhadap MAX sebelum boleh dibenarkan beroperasi semula.

“Kita sudah mula boleh yakin untuk mengembalikan perkhidmatan MAX pada akhir tahun ini,” katanya.

Larangan penerbangan dikenakan sebulan selepas pesawat 737 MAX milik Lion Air terhempas di Indonesia mengorbankan 189 orang, manakala bencana kedua membabitkan pesawat Ethiopian Airlines yang menyaksikan 157 terkorban.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) juga memberikan tanda positif apabila menyatakan bahawa ketua agensi itu merancang penerbangan ujian minggu depan, yang menyebabkan saham syarikat meningkat.

Penerbangan perakuan dijalankan awal September lalu oleh EASA manakala ujian oleh FAA pada bulan Jun.

Tetapi pesawat itu perlu terlebih dulu mengatasi beberapa rintangan, termasuk latihan juruterbang, sebelum pihak berkuasa dapat memberikan lampu hijau.

Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan berkata ia terus mengikuti petunjuk pihak berkuasa global mengenai proses yang ditetapkan bagi mengembalikan 737 MAX ke dalam perkhidmatan komersial.

“Kami menghargai pengawasan yang ketat bahawa pihak berkuasa menerapkan dengan tepat setiap langkah kajian dan menentukan jadual bagi pesawat kembali beroperasi,” kata kenyataan itu.

Ky bagaimanapun berpendapat, walaupun dengan izin “hampir serentak” daripada EASA dan FAA, ia terserah kepada setiap negara dan syarikat penerbangan untuk memberikan kebenaran kepada 737 MAX menyambung operasi.

Menurutnya, pembaharuan pensijilan daripada China, iaitu negara pertama menggantung pesawat itu, memerlukan sedikit masa kerana pegawai China belum membayangkan untuk memulakan semula ujian penerbangan. – AFP

Continue Reading

Previous: PM baharu Lubnan letak jawatan
Next: Kastam Thailand rampas rokok dari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.