Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bob Yusof lancar single Iban di Kafe Parimpan
  • TEMPATAN

Bob Yusof lancar single Iban di Kafe Parimpan

Utusan Sarawak 2 years ago
Pelancaran single Iban pertama Bob Yusof atau nama sebenarnya Yusrizan Usap menandakan peristiwa penting dalam kerjaya seninya. Beliau berhasrat untuk muncul dengan warisan budaya masyarakat Sarawak yang kaya dengan pelbagai kaum.

KUCHING: Sambutan Gawai Dayak tahun ini akan lebih bermakna apabila Bob Yusof atau nama sebenarnya Yusrizan Usap melancarkan single pertama Iban pada 24 Mei ini.

Pelancaran yang dinanti-nantikan itu akan diadakan dengan acara penuh istimewa, terbuka kepada orang ramai di Kafe Parimpan di sini bermula 3.00 petang.

Sebelum muncul dengan single Iban, Bob merupakan naib juara program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), bermakna anak jati kelahiran Limbang ini mempunyai vokal yang hebat.

Pelancaran single Iban pertamanya menandakan peristiwa penting dalam kerjaya seninya, kerana beliau berhasrat untuk muncul dengan warisan budaya masyarakat Sarawak yang kaya dengan pelbagai kaum.

Menurut jurucakap penganjur, pelancaran tersebut menjanjikan suasana yang meriah kerana mereka yang hadir akan dapat menyaksikan persembahan Bob menerusi single Iban baharunya.

“Bob mengalu-alukan orang ramai terutama peminatnya untuk hadir ke pelancaran single Iban pertamanya sekali gus menjadi sebahagian dalam majlis tersebut.

“Dengan bakat dan dedikasinya, beliau bercita-cita untuk merapatkan jurang budaya dan memberi inspirasi untuk warisan budaya masyarakat Iban,” katanya.

Pastikan anda hadir pada 24 Mei ini dan berhiburlah bersama Bob di Kafe Parimpan, 3.00 petang sambil berkumpul meraikan sambutan Gawai Dayak.

Continue Reading

Previous: SKMM digesa tangani isu liputan rangkaian di Sarawak
Next: Hasil anyaman rotan sumber pendapatan lumayan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.