Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bob Yusof bakal meriahkan Pesta Saratok 2025
  • HIBURAN

Bob Yusof bakal meriahkan Pesta Saratok 2025

Utusan Sarawak 12 hours ago
BOB Yusof dijadualkan membuat persembahan pada Sabtu ini, di Pentas Utama Sri Kalaka. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Majlis Perasmian Pesta Saratok 2025 bakal dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi terkenal kelahiran Sarawak, Bob Yusof, sebagai artis jemputan khas.

Beliau dijadualkan membuat persembahan pada Sabtu ini, 8.00 malam di Pentas Utama Sri Kalaka, sekali gus menambah seri dan kemeriahan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat dan pengunjung dari luar kawasan.

Kehadiran Bob yang dikenali dengan vokal mantap dan keperibadian ‘mesra’ dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke majlis perasmian yang penuh warna-warni itu.

BOB Yusof penambah seri dan kemeriahan Pesta Saratok 2025. Foto Facebook Bob Yusof

Beliau sekali lagi akan membuat persembahan pada majlis Penangguhan Pesta Saratok 2025, Ahad ini, 9.30 pagi di Pentas Utama Sri Kalaka bersama seorang lagi artis jemputan iaitu Erin.

Pesta Saratok 2025 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya program, termasuk persembahan kebudayaan, pameran, jualan produk tempatan, serta pelbagai pertandingan yang melibatkan komuniti setempat.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebanyak 21 pengisian aktiviti  bagi memeriahkan penganjuran Pesta Saratok 2025 yang telah bermula 25 Jun lalu sehingga 13 Julai nanti.

Antaranya ialah Pertandingan Pangkah Gasing Tradisional Saratok, pertandingan Badminton Tertutup Saratok, Slingshot, Menyumpit dan Tarik Tali, Memancing, Mountain Bike Challenge, Kejohanan Bola Keranjang Daerah Saratok, Dart, Petanque dan disusuli jualan Pesta Saratok yang telah bermula pada 4 hingga 13 Julai ini.

Aktiviti yang bakal berlangsung dalam minggu ini iaitu Saratok Kitchen 2025, pertandingan memasak, pertunjukan perahu berhias, Ratu Etnik Pesta Saratok, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan termasuk pameran Akta 852 dan kaunter bayaran saman merokok, pameran pembangunan, malam kebudyaaan dan Pertandingan Bertandak.

“Acara kemuncak Pesta Saratok iaitu acara lumba perahu iaitu Regata Kalaka 2025 akan bermula pada pada 11 hingga 13 Julai,” katanya.

Penganjuran Pesta Saratok 2025 yang bertemakan ‘Muafakat Membawa Berkat’ itu dianjurkan Pusat Khidmat DUN N.38 Kalaka dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok dan semua agensi kerajaan mahupun swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kelab serta persatuan.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana penganjuran Pesta Saratok 2025 sambil menyokong usaha mempromosikan Daerah Saratok sebagai destinasi pelancongan dan budaya yang unik di Sarawak,” kata Mohamad Duri.

Oleh Adi Safarman

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Air Supply bakal gegar Kuching September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.