Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Boateng umum persaraan selepas kerjaya cemerlang
  • SUKAN

Boateng umum persaraan selepas kerjaya cemerlang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEMAIN pertahanan Bayern Munich dari Jerman, Jerome Boateng, melakukan pemanasan sebelum perlawanan Bundesliga Jerman antara FC Bayern Munich menentang Hertha Berlin pada 4 Oktober 2020 lepas di Munich, selatan Jerman. Pemain bola sepak Jerman, Jérôme Boateng, juara dunia bersama pasukan kebangsaan Jerman pada 2014 dan dua kali juara Liga Juara-Juara bersama Bayern (2013, 2020), mengumumkan pada petang Jumaat, 19 September 2025, bahawa beliau menamatkan kerjaya bola sepak pada usia 37 tahun. Foto fail AFP

BERLIN:  Bekas pertahanan kebangsaan Jerman, Jerome Boateng, yang membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2014, mengumumkan persaraannya secara rasmi pada Jumaat.

Pada usia 37 tahun, Boateng memuat naik video sorotan kerjayanya berdurasi satu minit di media sosial sebagai tanda perpisahan dengan dunia bola sepak.

“Saya telah bermain lama, bersama kelab besar dan negara saya. Saya belajar, menang dan kalah. Bola sepak telah memberi saya banyak pengalaman. Kini, tiba masanya untuk melangkah ke hadapan, bukan kerana terpaksa, tetapi kerana saya sudah bersedia,” kata Boateng.

Sepanjang kerjayanya, beliau membuat 76 penampilan bersama Jerman dan menjaringkan satu gol. Bersama Bayern Munich, Boateng meraih dua kejuaraan Liga Juara-Juara (2013, 2020) dan sembilan gelaran Bundesliga.

Dilahirkan di Berlin, Boateng memulakan perjalanan bola sepaknya di akademi Hertha Berlin bersama abangnya, Kevin-Prince. Beliau kemudian beraksi bersama Hamburg dan Manchester City sebelum menempa nama sebagai tonggak Bayern Munich.

Selepas meninggalkan Bayern pada 2021, Boateng beraksi di Perancis (Lyon), Itali (Salernitana) dan Austria (LASK) sebelum menamatkan kontraknya dengan LASK pada Ogos lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Masters China, Pearly-Thinaah terkandas
Next: Pertemuan dengan pemilik bersama kelab United bukan mesyuarat krisis – Amorim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.