Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • BNM akan bayar dividen RM5 bilion kepada kerajaan, jumlah aset RM602.22 bilion
  • BISNES

BNM akan bayar dividen RM5 bilion kepada kerajaan, jumlah aset RM602.22 bilion

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan membayar dividen sebanyak RM5 bilion kepada kerajaan bagi 2025.

Jumlah aset pada 31 Dis, 2025 berada pada RM602.22 bilion berbanding RM621.54 bilion pada tahun sebelumnya, yang sebahagian besarnya mencerminkan kesan penukaran mata wang susulan pengukuhan ringgit.

 Rizab antarabangsa terus menyumbang sebahagian besar kepada aset BNM, sebanyak RM509.79 bilion (2024: RM520.13 bilion).

“Liabiliti BNM terdiri terutama daripada mata wang dalam edaran (2025: RM177.75 bilion; 2024: RM170.72 bilion) dan deposit oleh institusi kewangan (2025: RM118.06 bilion; 2024: RM131.92 bilion),” menurut BNM dalam Laporan Tahunan 2025 yang dikeluarkan hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, BNM mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM12.45 bilion (2024: RM13.16 bilion), susulan jumlah pendapatan sebanyak RM14.35 bilion (2024: RM14.98 bilion), setelah ditolak kos yang berkaitan dengan pengurusan portfolio rizab dan operasi monetari.

Pada 2025, BNM membelanjakan RM1.86 bilion untuk mengurus organisasi.

Daripada keuntungan bersih sebanyak RM12.45 bilion, sebanyak RM7.45 bilion (2024: RM7.91 bilion) akan dipindahkan kepada Rizab Risiko, yang berjumlah RM155.31 bilion pada akhir 2025 (2024: RM147.90 bilion).

“Memandangkan 85 peratus daripada aset BNM adalah dalam denominasi mata wang asing, penting bagi BNM untuk membina Rizab Risiko yang mencukupi.

“Ini membolehkan BNM menampan volatiliti pasaran kewangan serta turun naik kadar pertukaran aset mata wang asing,” jelas BNM. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka catat peningkatan semula sederhana berbanding dolar AS
Next: Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut susulan prestasi Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.