Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bled di Slovenia dinobat antara Pelancongan Terbaik Dunia 2025
  • GLOBAL

Bled di Slovenia dinobat antara Pelancongan Terbaik Dunia 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
KEMENTERIAN Ekonomi, Pelancongan dan Sukan Slovenia, pengiktirafan dan mengukuhkan lagi kedudukan Bled sebagai antara destinasi pelancongan mampan terkemuka dunia.

LJUBLJANA (Slovenia): Bandar kecil Bled di Slovenia secara rasmi dinamakan antara Kampung Pelancongan Terbaik Dunia 2025 oleh Pertubuhan Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Tourism), sekali gus menyertai rangkaian global destinasi luar bandar yang diiktiraf kerana pelancongan lestari dan berasaskan komuniti, menurut Lembaga Pelancongan Slovenia pada Jumaat.

Terkenal dengan tasik glasier yang indah dengan sebuah pulau kecil dan gereja di tengahnya, Bled menerima pengiktirafan itu di bawah inisiatif “UN Tourism Best Tourism Villages”, memberi penghormatan kepada destinasi yang memelihara warisan semula jadi dan budaya sambil memupuk pembangunan pelancongan mampan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Kementerian Ekonomi, Pelancongan dan Sukan Slovenia, pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kedudukan Bled sebagai antara destinasi pelancongan mampan terkemuka dunia.

Inisiatif berkenaan bertujuan menangani isu pengurangan penduduk luar bandar dengan menyokong kampung-kampung yang menjadikan pelancongan menjana peluang ekonomi serta memelihara tradisi dan nilai tempatan. 

Walaupun anugerah ini tidak melibatkan bantuan kewangan, ia memberikan pengiktirafan antarabangsa dan akses kepada rangkaian pembangunan global di bawah UN Tourism.

Dengan kira-kira 8,000 penduduk, Bled menjadi destinasi Slovenia terkini yang menerima gelaran itu selepas Solcava dan Radovljica pada 2021 serta Bohinj pada 2022, menurut Lembaga Pelancongan Slovenia.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Mikroplastik ditemukan dalam air hujan Jakarta, kajian beri amaran risiko pencemaran
Next: 3 maut, 35 cedera dalam kemalangan bas di Serbia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.