Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • BlackBerry, UKM teroka kerjasama teknologi masa depan bersama Sarawak
  • SEMASA

BlackBerry, UKM teroka kerjasama teknologi masa depan bersama Sarawak

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif BlackBerry Limited Amerika Syarikat, John Giamatteo ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching, semalam. Foto UKAS

KUCHING: BlackBerry Limited dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneroka potensi kerjasama strategik teknologi masa depan bersama Sarawak melibatkan bidang komunikasi selamat, semikonduktor, tenaga hijau serta pengkomputeran kuantum bagi menyokong aspirasi negeri sebagai hab teknologi frontier menjelang 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Limited Amerika Syarikat, John Giamatteo berkata, Sarawak mempunyai potensi besar dalam pembangunan teknologi masa depan menerusi kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan institusi pendidikan.

Menurut beliau, antara fokus utama yang dibincangkan termasuk teknologi komunikasi selamat melibatkan kedaulatan data, penyulitan keselamatan serta sistem notifikasi kecemasan khususnya dalam menghadapi bencana alam seperti banjir.

“BlackBerry memiliki teknologi komunikasi selamat yang komprehensif terutama berkaitan kedaulatan data bagi membantu kerajaan melindungi data rakyat dan negara.

“Di Sarawak, penyelesaian seperti notifikasi kecemasan amat penting terutama ketika berdepan banjir dan cabaran perubahan iklim,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

Beliau berkata, perkembangan pesat Sarawak dalam bidang ekonomi digital dan teknologi hijau turut membuka ruang besar kepada pelaburan serta pembangunan teknologi baharu.

“Gabungan kekuatan kerajaan Sarawak, universiti dan syarikat teknologi global mampu mewujudkan ekosistem inovasi yang kukuh untuk rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UKM, Profesor Dato Dr Sufian Jusoh berkata, UKM bersama BlackBerry Limited serta rakan universiti antarabangsa termasuk Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan Universiti Cambridge sedang meneliti peluang membangunkan teknologi berkenaan bersama kerajaan Sarawak.

Menurut beliau, kerjasama tersebut merangkumi pembangunan penyelidikan, inovasi dan modal insan dalam bidang teknologi frontier.

“Kerjasama ini selari dengan hasrat menjadikan Sarawak sebagai hab teknologi frontier dan negeri maju menjelang 2030.

“Kita melihat Sarawak sangat komited dalam agenda ekonomi digital, tenaga hijau dan teknologi masa depan,” katanya.

Beliau berkata, penglibatan institusi pendidikan tempatan dan antarabangsa juga penting bagi memastikan pembangunan teknologi dapat disokong oleh bakat serta kepakaran tempatan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: DUN: Pengeluaran gas pertama dijangka bermula dari medan luar pesisir PC4 dan Salbiah di Bintulu
Next: DUN: Ekonomi Sarawak dijangka berkembang sehingga 6.0 peratus pada 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.