Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Biojisim kernel kelapa sawit mampu turunkan harga ternakan di Sarawak – Abang Johari
  • SEMASA

Biojisim kernel kelapa sawit mampu turunkan harga ternakan di Sarawak – Abang Johari

Utusan Sarawak 22 hours ago
PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik perasmian pada Perasmian Hari Hutan Antarabangsa peringkat Sarawak 2025 di Pusat Penyelidikan Hutan, Jalan Penrissen, hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Penghasilan biojisim daripada kernel kelapa sawit di Kilang Pelumat Isirung (KCP), Lubok Antu berpotensi untuk menurunkan harga ternakan yang tinggi di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, salah satu punca kenaikan harga ternakan seperti lembu dan kambing di Sarawak adalah ekoran kebergantungan kepada import makanan haiwan ternakan berkenaan.

“Apabila kita pecahkan kernel ini (isirung kelapa sawit) untuk menghasilkan biojisim, maka kita boleh menghasilkan makanan haiwan untuk kambing dan lembu.

“Nampaknya, daripada makanan haiwan yang tidak diimport kita masih dapat membesarkan haiwan ternakan kita, jadi tidaklah lembu dan kambing kurus-kurus di samping menurunkan harga ternakan kerana semasa Hari Raya Korban tempoh hari, haiwan korban mencecah RM12,000 seekor,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2025 Peringkat Sarawak, yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Hutan, hari ini.

PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg melihat rerurai pameran pada Perasmian Hari Hutan Antarabangsa peringkat Sarawak 2025 di Pusat Penyelidikan Hutan, Jalan Penrissen, hari ini. Foto Bernama


Mengulas lanjut, Premier Sarawak mendedahkan bahawa kerajaan Sarawak telah membelanjakan RM30 juta kepada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) untuk tujuan berkenaan di Lubok Antu.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan selain daripada makanan haiwan, pemecahan isirung kelapa sawit itu juga menambah nilai kepada industri, malah turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan berasaskan tanaman tersebut.

Jelasnya, kemajuan teknologi kelapa sawit turut berupaya menghasilkan bahan api bio untuk kegunaan kapal terbang sejajar dengan dasar pembangunan Sarawak yang berteraskan ekonomi kitaran, iaitu pendekatan yang menggalakkan penggunaan semula bahan bagi mengurangkan pembuangan sisa secara berlebihan yang boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Terengganu negeri pertama laksana program Tuisyen MADANI – PM Anwar
Next: Fadillah akan beri penjelasan isu kritikal kepada Ahli Parlimen GPS, GRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.