Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bintulu tuan rumah Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026
  • SUKAN

Bintulu tuan rumah Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah pada sidang media usai mempengerusikan mesyuarat Special Olympic Malaysia di Pelabuhan Bintulu.

BINTULU: Sarawak dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Khas Malaysia dengan Bintulu dipilih sebagai lokasi penganjuran temasya yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 April tahun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, temasya tersebut bakal menghimpunkan atlet berkeperluan khas dari sekurang-kurangnya lapan negeri.

“Antara negeri yang bakal mengambil bahagian ialah Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Melaka, Kedah, Selangor dan Sarawak,” katanya.

Fatimah yang juga Presiden Olimpik Khas Sarawak menjelaskan, Bintulu dipilih selepas mengambil kira kelengkapan kemudahan sukan di daerah itu serta faktor kerja-kerja penambahbaikan fasiliti sukan di Kuching yang sedang dilaksanakan bagi persiapan Sukan SEA 2027.

“Special Olympics Bintulu Chapter akan menjadi urus setia dan jawatankuasa kerja utama bagi mengendalikan temasya berprestij ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Olimpik Khas Sarawak yang diadakan di Pelabuhan Bintulu, hari ini.

Menurut Fatimah, majlis perasmian temasya dijadual berlangsung pada 25 April di Dewan Suarah Bintulu, dengan Premier Sarawak dijangka hadir sebagai tetamu kehormat, manakala majlis penutupan akan diadakan pada 26 April di lokasi sama.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Trent harus dikenang kerana detik ‘hebat’ bersama Liverpool, kata Slot
Next: Lapan acara sukan dan Program Atlet Sihat warnai temasya Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.