Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bintulu tuan rumah sambutan Ma’al Hijrah peringkat Sarawak 26 Jun ini
  • TEMPATAN

Bintulu tuan rumah sambutan Ma’al Hijrah peringkat Sarawak 26 Jun ini

Utusan Sarawak 19 hours ago
PENGARAH JAIS Sarawak, Mual Suaud bersama jawatankuasa penganjur menunjukkan poster sambutan Ma’al Hijrah peringkat Sarawak 1447H/2025M di Pejabat Residen Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Bahagian Bintulu dipilih sebagai tuan rumah sambutan Ma’al Hijrah peringkat Sarawak 1447H/2025M yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula 26 Jun ini dengan tema ‘Ummah Maju Makmur’ bagi memperkukuh perpaduan dan memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

Program anjuran kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) itu akan dimulakan dengan Majlis Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah dan Awal Tahun 1447 Hijrah di Masjid Assyakirin pada petang Khamis (26 Jun), disusuli Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah pada pagi Jumaat (27 Jun) di Dewan Suarah Bintulu.

Pengarah JAIS Sarawak, Mual Suaud berkata sambutan tersebut bukan sekadar memperingati peristiwa hijrah malah bertujuan menyemai semangat pengorbanan dan kasih sayang sesama umat Islam.

“Objektif sambutan ini adalah untuk memperingati dan mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi SAW bersama kaum keluarga dan para sahabat Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

“Ia juga bertujuan meningkatkan semangat perjuangan dan pengorbanan dalam membangunkan bangsa, agama dan negara serta memperkukuh kesatuan umat Islam dengan menyebarkan rasa mahabbah dan kasih sayang sesama Muslim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mesyuarat akhir sambutan Ma’al Hijrah peringkat Sarawak 1447H/2025M di Pejabat Residen Bintulu, hari ini.

Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Sambutan seumpama itu turut menjadi platform tahunan dalam memperkukuh kesatuan serta menyemarakkan nilai keislaman yang bersifat inklusif demi kesejahteraan ummah secara menyeluruh di negeri ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pertandingan memancing di Sungai Lundu dapat sambutan hangat
Next: Regata Benak Batang Lupar 2025, tawar hadiah RM135,560 keseluruhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.