Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bintulu Port perkukuh komitmen integriti menerusi ikrar bebas rasuah
  • SEMASA

Bintulu Port perkukuh komitmen integriti menerusi ikrar bebas rasuah

Utusan Sarawak 13 hours ago
IKRAR… Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) hari ini mengesahkan semula komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus yang baik apabila Lembaga Pengarahnya secara rasmi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Foto Bintulu Port Holdings Bhd

KUCHING: Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) hari ini mengesahkan semula komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus yang baik apabila Lembaga Pengarahnya secara rasmi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Majlis menandatangani ikrar yang diketuai oleh Pengerusi BPHB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, mencerminkan komitmen tertinggi kumpulan itu untuk menegakkan piawaian tertinggi tatalaku beretika, ketelusan dan toleransi sifar terhadap rasuah di seluruh operasinya, kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

“Ahli Lembaga Pengarah turut menandatangani ikrar itu, sekali gus menunjukkan tanggungjawab bersama dan sokongan padu dalam memperkukuh integriti di seluruh kumpulan,” katanya.

Majlis menandatangani ikrar itu disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Datuk Hasbillah Mohamad Salleh yang menzahirkan sokongan dan kerjasama berterusan suruhanjaya itu dengan syarikat dalam memajukan inisiatif tadbir urus dan antirasuah.

Turut hadir anggota pasukan kepimpinan BPHB dan wakil-wakil SPRM.

BPHB berkata pemeteraian IBR itu mengukuhkan penyelarasan kumpulan dengan usaha antirasuah negara dan memperteguh komitmen jangka panjangnya terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus korporat yang beretika.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi adakan kunjungan hormat kepada Presiden Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.