Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bintulu Port Holdings lancar CCC, inisiatif baharu perkasa pengalaman pelanggan, transformasi digital
  • Utara
  • WILAYAH

Bintulu Port Holdings lancar CCC, inisiatif baharu perkasa pengalaman pelanggan, transformasi digital

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATO Majang Renggi menyempurnakan simbolik majlis pelancaran CCC Pelabuhan Bintulu sambil disaksikan oleh pengurusan kanan BPHB.

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) melancarkan Pusat Berfokuskan Pelanggan atau Customer Centric Centre (CCC) Pelabuhan Bintulu sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memacu transformasi digital serta mempertingkat pengalaman pelanggan dalam operasi pelabuhan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi berkata, penubuhan CCC itu mencerminkan komitmen BPHB untuk meningkatkan keberkesanan dan keselamatan operasi pelabuhan melalui digitalisasi.

“Dengan memperkemas pengurusan pelawat dan kontraktor serta memusatkan perkhidmatan pelanggan, CCC bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga memperbaiki pengalaman keseluruhan di pelabuhan ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju itu berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Inisiatif Kelestarian dan CCC di Pelabuhan Bintulu, hari ini.

Tambah beliau, inisiatif seumpama itu juga selaras dengan misi Sarawak untuk mewujudkan komuniti pelabuhan yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan.

Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Ruslan Abdul Ghani menyifatkan pelancaran CCC sebagai pencapaian penting dalam strategi transformasi digital syarikat. 

“CCC berfungsi sebagai pusat yang memusatkan perkhidmatan penting untuk meningkatkan dan mendigitalkan perkhidmatan akses bagi pengguna pelabuhan, kontraktor, dan pihak berkepentingan,” jelasnya.

Dengan adanya CCC, ujar beliau, BPHB berharap untuk menyediakan perkhidmatan pelabuhan yang lebih efisien, selamat, dan berorientasikan pelanggan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono tamat perkhidmatan penghujung April
Next: Sarawak perkukuh kedudukan sebagai hab logistik serantau melalui penubuhan SARPA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.