Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bintulu Port Holdings kekal bayar dividen tiga sen, untung bersih suku pertama rendah
  • BISNES

Bintulu Port Holdings kekal bayar dividen tiga sen, untung bersih suku pertama rendah

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Bintulu Port Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih suku pertama sebanyak RM28.38 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini iaitu 36.5 peratus lebih rendah daripada keuntungan bersih RM44.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.

Perolehan bagi suku pertama tahun kewangan 2025 sebanyak RM201.71 juta daripada RM208.67 juta pada suku yang sama bagi tahun kewangan 2024.

Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan hari ini, ia merupakan penurunan sebanyak RM6.96 juta atau 3.34 peratus.

Ia berkata perolehan operasi kumpulan daripada perkhidmatan pelabuhan menurun sebanyak 2.98 peratus, susut daripada RM198.21 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 kepada RM192.31 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025.

“Penurunan itu terutamanya disebabkan oleh jumlah muatan yang lebih rendah untuk kontena, baja pukal dan cip kayu di Pelabuhan Bintulu serta pengurangan aliran keluar bijih mangan, alumina oksida dan karbon anoda di Pelabuhan Perindustrian Samalaju.

“Perolehan daripada kemudahan pemunggahan juga menurun sebanyak 10.15 peratus daripada RM10.46 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 kepada RM9.4 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025 berikutan kelembapan aktiviti penuaian yang terjejas akibat musim tengkujuh,” menurut kenyataan itu.

Ia berkata keuntungan selepas cukai yang lebih rendah disebabkan oleh perolehan yang berkurangan akibat faktor kitaran dan musiman yang menjejaskan jumlah kargo dan penggunaan kapal.

“Selain itu, jumlah perbelanjaan yang ditanggung pada suku pertama tahun kewangan 2025 lebih tinggi disebabkan kos tenaga kerja, kos pentadbiran serta peningkatan perbelanjaan susut nilai,” katanya.

Bintulu Port Holdings mengisytiharkan dividen interim pertama berperingkat tunggal sebanyak tiga sen sesaham yang akan dibayar pada 4 Ogos 2025.

“Kumpulan menjangkakan cabaran akibat perubahan dasar perdagangan global dan ketidakpastian tarif yang berterusan yang mungkin memberi kesan kepada ekonomi negara dan berkemungkinan menjejaskan prestasi kumpulan.

“Walaupun berdepan cabaran ini, Bintulu Port Holdings akan terus komited untuk meningkatkan kecekapan operasi, memastikan kebolehpercayaan peralatan dan mengekalkan daya saing kos,” katanya.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit lemah berbanding dolar AS dipengaruhi ketidaktentuan dasar tarif Trump
Next: Bursa Malaysia diunjur alami dagangan tidak menentu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.