Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bintulu Port catat sejarah tubuh Rakan Agensi AADK pertama di Malaysia
  • TEMPATAN

Bintulu Port catat sejarah tubuh Rakan Agensi AADK pertama di Malaysia

Utusan Sarawak 1 day ago
ISKANDAR Turkee dan Ruslan Abdul Ghani menyempurnakan simbolik pelancaran Rakan AADK di Auditorium Lembaga Pelabuhan Bintulu, hari ini.

BINTULU: Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) mencatat sejarah apabila menjadi organisasi korporat pertama di Malaysia menubuhkan Rakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), sebagai langkah memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan warganya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, inisiatif tersebut membuktikan komitmen pihak korporat dalam memerangi gejala dadah dan menyemarakkan budaya integriti dalam persekitaran kerja.

Beliau menjelaskan, pembentukan Rakan AADK di peringkat syarikat merupakan pendekatan progresif dan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melibatkan semua pihak dalam usaha pencegahan awal penyalahgunaan bahan terlarang.

“Usaha seperti ini menunjukkan kesungguhan syarikat korporat untuk bukan sahaja melindungi pekerja mereka, tetapi juga mewujudkan budaya kerja yang sihat dan bebas daripada dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan pelancaran Rakan AADK Bintulu sempena sambutan Hari Etika Bintulu Port 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Ruslan Abdul Ghani memaklumkan bahawa Rakan AADK yang ditubuhkan oleh syarikatnya adalah yang pertama seumpamanya dikendalikan oleh organisasi korporat di negara ini.

Beliau berkata, penubuhan tersebut bertujuan menjadi pemangkin kepada usaha pencegahan melalui pendekatan yang menekankan kesedaran, keterlibatan komuniti dan nilai inklusiviti.

“Pelbagai program akan dianjurkan seperti ceramah, sesi libat urus dan aktiviti komuniti bagi meningkatkan kefahaman tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta melindungi kakitangan daripada terjerumus ke kancah tersebut,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Safari Rakit Selangau jadi tarikan utama Karnival Selangau 2025
Next: Completion and handover of stage construction and floor levelling at Kampung Bukit Panchor Hall

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.