Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bintulu kekal pusat utama industri gas, minyak melalui eksplorasi baharu 
  • SEMASA

Bintulu kekal pusat utama industri gas, minyak melalui eksplorasi baharu 

Utusan Sarawak 8 months ago

Abang Johari pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas Borneo di Transit Shed, Multi-Purpose Terminal Bintulu Port Sdn Bhd, hari ini. Foto UKAS

BINTULU: Bintulu terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai pusat utama bagi industri minyak dan gas di Malaysia dengan potensi peningkatan menerusi eksplorasi baharu. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan luar pantai Sarawak kini menyumbang lebih 60 peratus daripada keseluruhan simpanan gas negara, dan angka ini dijangka meningkat melalui aktiviti eksplorasi berterusan. 

Menurutnya, dua projek besar yang sedang berjalan iaitu Kawasari dan Lang Lebah menjadi fokus utama, selain memainkan peranan penting sebagai satu-satunya projek pemerapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di rantau ini.

Beliau berkata, projek CCUS itu memerlukan pelbagai bahan yang perlu dibekalkan untuk menyokong operasi di Sarawak, dan Bintulu merupakan lokasi yang paling sesuai untuk dijadikan hab utama bagi tujuan tersebut.

“Bintulu akan memainkan peranan penting bukan hanya dalam industri huluan minyak dan gas tetapi juga dalam sektor hiliran, seperti petrokimia.

“Kita sudah mempunyai loji metanol, dan projek ammonia sedang dalam perancangan. 

“Selain itu, bahan seperti baja akan dihasilkan melalui proses ‘cracking of ammonia’, yang merupakan antara aktiviti hiliran yang dijangka berlaku di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas Borneo di Transit Shed, Multi-Purpose Terminal Bintulu Port Sdn Bhd, di sini hari ini.

Abang Johari turut memaklumkan, pelaburan dari Jepun dan Korea sedang dijalankan untuk menghasilkan hidrogen, yang bakal menjadi satu-satunya sumber tenaga hijau di rantau ini. 

Beliau yakin Bintulu akan terus berkembang melalui pelbagai kegiatan industri tersebut.

“Selain itu, industri perkapalan juga sedang beralih daripada bahan bakar fosil kepada tenaga boleh diperbaharui seperti ammonia dan metanol. 

“Bintulu akan menawarkan perkhidmatan bunkering kepada kapal-kapal antarabangsa yang melalui laluan strategik dari Eropah ke Timur Jauh. 

“Dengan bahan-bahan yang diperlukan, kita yakin Bintulu akan menjadi pilihan utama,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Pelabuhan Bintulu diiktiraf pangkalan bekalan – Abang Johari
Next: TDM sahkan anggotanya maut setelah terkena tembakan di Song

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.