Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bintulu jadi hub petrokimia
  • TEMPATAN

Bintulu jadi hub petrokimia

Utusan Sarawak 5 years ago
PENERANGAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berucap semasa lawatan ke tapak projek methanol plant di Bintulu, semalam.

BINTULU: Kerajaan Sarawak berhasrat mengubah Bintulu daripada pengeluar gas LNG yang terkenal di dunia menjadi hub petrokimia pada masa depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini menerusi aktiviti nilai tambah dengan menggunakan gas asli sebagai bahan mentah dalam industri terbabit.

“Sangat penting untuk terlibat dalam mengembangkan produk hiliran industri dengan sebahagian daripada inisiatif ini adalah projek kilang metanol yang kini sedang dibangunkan oleh di Tanjung Kidurong, Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Lawatan ke Sarawak Petchem Methanol Plant, di sini petang semalam.

Menurutnya, projek lain yang berpotensi untuk sektor ini termasuk pengeluaran ammonia, hidrogen, methanol derivatives dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau yakin industri terbabit juga akan menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.

“Untuk memudahkan pertumbuhan industri, Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti Bintulu sebagai tempat yang sesuai untuk pembangunan hub petrokimia,” katanya.

Tambahnya, untuk tujuan itu lebih 1,000 ekar tanah di Tanjung Kidurong digunakan untuk pembangunan industri terbabit.

Jelasnya, Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPUS) melakukan kajian bersama dengan Petronas, mengenai pengembangan Pelan Induk Petrokimia berkenaan.

Katanya, pertumbuhan industri ini juga akan menyumbang kepada pembangunan Sarawak sekaligus membolehka  Sarawak mencapai hasratnya untuk menjadi Negeri maju pada tahun 2030.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: SADA giatkan usaha pembangunan Sri Aman
Next: Abang Jo terima kunjungan hormat Alexander Linggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.