Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bintulu FA, Samarahan FA berentap di final Piala Premier Sarawak 2025
  • SUKAN

Bintulu FA, Samarahan FA berentap di final Piala Premier Sarawak 2025

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Fazzrudin menunjukkan piala yang bakal menjadi rebutan sempena Perlawanan Akhir Piala Premier Sarawak 2025. Foto Norman B

PETRA JAYA: Perlawanan akhir Piala Premier Sarawak 2025 bakal menyaksikan pertembungan antara Bintulu FA dan Samarahan FA dalam aksi kemuncak yang dijadual berlangsung pada Ahad, 15 Februari ini, 3.00 petang di Stadium Negeri.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata perlawanan akhir tersebut merupakan kemuncak kepada Kejohanan Liga Bola Sepak Premier Sarawak 2025 (SPL25) yang memberi tumpuan kepada usaha memperkasa pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi serta mencungkil bakat baharu dari seluruh Sarawak.

“SPL25 bukan sekadar sebuah kejohanan, sebaliknya platform penting untuk membina asas kukuh bola sepak Sarawak, meningkatkan kualiti pertandingan serta memberi peluang kepada pemain tempatan untuk menyerlah dan berkembang ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran liga berkenaan juga mencerminkan komitmen berterusan FAS dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Sarawak melalui perancangan yang lebih tersusun dan berdaya saing.

SIDANG MEDIA…Dato Fazzrudin Abdul Rahman ketika sidang media perlawanan akhir Piala Premier Sarawak 2025, di Petra Jaya hari ini. Foto Norman B

Sebagai tarikan istimewa kepada penonton, FAS dengan kerjasama penaja menyediakan cabutan bertuah eksklusif dengan pelbagai hadiah menarik sepanjang perlawanan akhir berkenaan.

“Selain menyaksikan perlawanan akhir yang berkualiti dan penuh saingan, para penonton turut berpeluang memenangi hadiah lumayan sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu rakyat Sarawak terhadap bola sepak negeri,” ujarnya.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk sebuah motosikal Modenas Kriss 110 MR3, sebuah konsol PlayStation 5 (PS5), sebuah televisyen Sharp 55 inci 4K Google TV, sebuah TECHLIFE Pad Plus 12 inci LTE, tiga unit Realme Watch 5, pembesar suara Logitech Z407, tiga unit pembesar suara komputer serta lima unit kipas Jisulife, menjadikan keseluruhan hadiah berjumlah 15 unit.

Dalam perkembangan berkaitan, Fazzrudin turut mengumumkan struktur hadiah rasmi kepada pasukan yang berjaya, dengan juara bakal membawa pulang piala kejuaraan, pingat, sijil penyertaan serta hadiah wang tunai RM50,000, manakala naib juara menerima RM30,000 bersama piala, pingat dan sijil.

Bagi tempat ketiga bersama pula, pasukan terlibat akan menerima piala tempat ketiga, pingat, sijil penyertaan serta hadiah wang tunai RM10,000.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat Sarawak hadir beramai-ramai ke Stadium Negeri bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan finalis serta memeriahkan suasana perlawanan akhir yang dijangka berlangsung penuh debaran, aksi dan semangat kesukanan.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Carrick lihat ‘banyak lagi perlu dilakukan’ untuk kekal sebagai pengurus United
Next: Sukan Olimpik Khas Kebangsaan Malaysia 2026 hargai usaha atlet, semua peserta terima pingat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.