Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bintulu FA rangkul Piala Premier Sarawak, tewaskan Samarahan FA 3-1
  • SUKAN

Bintulu FA rangkul Piala Premier Sarawak, tewaskan Samarahan FA 3-1

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAHNIAH… Bintulu FA muncul juara Piala Premier Sarawak edisi sulung selepas menewaskan Samarahan FA 3-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Bintulu FA muncul juara Piala Premier Sarawak edisi sulung selepas menewaskan Samarahan FA 3-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, hari ini.

Babak pertama menyaksikan Samarahan FA mendominasi penguasaan bola serta mengatur beberapa gerakan berbahaya, namun gagal menembusi benteng pertahanan Bintulu FA meskipun beberapa percubaan tepat berjaya dihasilkan.

Perlawanan berubah drastik menjelang tamat separuh masa pertama apabila pertahanan Samarahan FA, Khairul Jemi, dilayangkan kad merah pada masa kecederaan selepas melakukan kekasaran terhadap pemain lawan, sekali gus memaksa pasukannya beraksi dengan 10 pemain.

TAHNIAH… Bintulu FA muncul juara Piala Premier Sarawak edisi sulung selepas menewaskan Samarahan FA 3-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, hari ini.

Memasuki babak kedua, Bintulu FA mengambil kesempatan daripada kelebihan jumlah pemain dengan meningkatkan tempo serangan. 

Hasilnya, pemain tengah mereka, Badrul Hafiz, memecah kebuntuan pada minit ke-53 untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Hanya empat minit kemudian, Shahmir Izat Sinang menambah derita Samarahan FA apabila tenang menyudahkan peluang di dalam kotak penalti bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Walaupun beraksi dengan kekurangan seorang pemain, Samarahan FA tidak mengalah dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-65 menerusi Muhd Zarif Razali yang pantas memanfaatkan situasi kelam-kabut di hadapan gawang lawan.

Namun, jaringan Mohd Haisal Yusof pada minit ke-74 memastikan kemenangan mutlak Bintulu FA sekali gus mengesahkan kejuaraan buat pasukan itu.

Kemenangan tersebut membolehkan Bintulu FA membawa pulang trofi Piala Premier Sarawak, pingat serta hadiah wang tunai RM50,000, manakala Samarahan FA selaku naib juara menerima trofi, pingat dan wang tunai RM30,000.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liga Premier jadi platform pembangunan bola sepak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.