Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bintang ‘The Four Seasons’, Tina Fey raikan erti persahabatan sejati
  • HIBURAN

Bintang ‘The Four Seasons’, Tina Fey raikan erti persahabatan sejati

Utusan Sarawak 3 hours ago
TINA Fey menghadiri tayangan perdana musim kedua siri televisyen ‘The Four Seasons’ di Teater Egyptian di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, semalam. Foto: AFP

HOLLYWOOD, Amerika Syarikat: Pelakon Amerika Tina Fey berharap siri komedi terbaharu Netflix, ‘The Four Seasons’ makan memberi inspirasi kepada penonton supaya sentiasa menghubungi dan bertanya khabar dengan rakan lama.

“Persahabatan sepanjang hayatlah yang benar-benar menjadi pengikat segalanya,” kata Fey kepada AFP pada tayangan perdana musim baharu siri itu, yang akan mula ditayangkan pada 28 Mei.

“Berumah tangga itu penting, namun anda juga perlu meluangkan masa bersama rakan-rakan demi memastikan pasangan yang sudah berkahwin kekal waras,” katanya di karpet merah Teater Egyptian di Hollywood.

‘The Four Seasons’, yang pertama kali ditayangkan setahun lalu, diadaptasi daripada filem arahan Alan Alda dengan judul yang sama, yang mengisahkan sekumpulan sahabat mengharungi pelbagai cabaran kehidupan.

Musim baharu ini akan membawa kumpulan tersebut yang dibarisi Tina Fey, Colman Domingo, Will Forte, Marco Calvani, Kerri Kenney Silver dan Erika Henningsen menjelajah Itali sambil berdepan kematian rakan mereka, Nick, yang dilakonkan oleh Steve Carell.

BARISAN pelakon ‘The Four Seasons’. Foto: AFP

Menurut para pelakon, keserasian kumpulan itu di layar turut terbawa-bawa ke dunia sebenar.

“Kami juga berkawan rapat dalam kehidupan sebenar. Saya rasa penonton dapat merasakannya dan ia jelas terpancar di layar,” kata Kenney Silver sambil menambah bahawa kisah sejagat tentang persahabatan menjadi kunci kejayaan siri itu.

Walaupun siri tersebut memaparkan sekumpulan sahabat  yang sentiasa berhubung menerusi sembang kumpulan walaupun tidak menjalani penggambaran  berdepan cabaran alam dewasa, mereka percaya karya itu mampu menarik perhatian penonton daripada pelbagai generasi.

“Kami mungkin sudah berusia, tetapi semua orang tetap berdepan tekanan, kehilangan dan kesedihan. Semua orang juga pernah merasai kegembiraan, mempunyai insan yang disayangi serta berdepan dengan individu yang menjengkelkan,” kata Forte.

“Jadi, semua itu mudah dikaitkan dengan kehidupan sebenar.”

“Walaupun usia anda tidak sebaya dengan kami, kami ini ibarat bahan pameran muzium,” tambah pelakon itu. “Lihatlah artifak lama ini, mungkin anda boleh mempelajari sesuatu daripadanya.” – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Zynakal tampil dengan single terbaharu ‘NIAT’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.