Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bintang ‘Spider-Man’, Tom Holland cedera ketika aksi lagak ngeri gagal
  • HIBURAN

Bintang ‘Spider-Man’, Tom Holland cedera ketika aksi lagak ngeri gagal

Utusan Sarawak 6 days ago
TOM Holland sedang menjalani filem penggambaran aksi Spider-Man keempat yang dijadualkan tayang pada Julai tahun hadapan.

LOS ANGELES: Pelakon utama filem Spider-Man: Brand New Day, Tom Holland, dilaporkan mengalami gegaran otak ringan selepas satu aksi lagak ngeri di set penggambaran gagal dilakukan seperti yang dirancang.

Menurut laporan Deadline, penggambaran filem berkenaan terpaksa dihentikan sementara pada Jumaat selepas Holland dikejarkan ke hospital.

Pelakon itu menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang tanpa perlu ditahan untuk pemerhatian lanjut.

Sumber produksi memaklumkan bahawa Holland kini berehat sebagai langkah berjaga-jaga, namun dijangka kembali ke set dalam beberapa hari. Setakat ini, tiada kecederaan serius dilaporkan.

Menurut sumber sama, Holland turut dilihat menghadiri sebuah acara amal hujung minggu lalu bersama tunangnya, pelakon terkenal Zendaya, serta bapanya.

Bagaimanapun, beliau dikatakan meninggalkan acara tersebut lebih awal kerana tidak berasa sihat.

Setakat ini, wakil rasmi Tom Holland masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media, termasuk Fox News Digital. – Agensi

Continue Reading

Previous: Puduu’ Anaak: Perjalanan jiwa Elizabeth Bungan hidupkan dodoi lama
Next: Dari ‘Anak Soleh’ ke ‘Intifada’, Rabbani gamit nostalgia bersama peminat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.