Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bintang aksi Hollywood Chuck Norris meninggal dunia
  • HIBURAN

Bintang aksi Hollywood Chuck Norris meninggal dunia

Utusan Sarawak 17 hours ago
Pelakon aksi terkenal Chuck Norris. Foto fail AFP

LOS ANGELES: Bintang aksi Hollywood dan pakar seni bela diri, Chuck Norris meninggal dunia pada usia 86 tahun, menurut kenyataan keluarganya. 

Ikon yang popular menerusi siri TV Walker, Texas Ranger itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang bersama keluarga.

Norris mula menempa nama selepas pertarungan epik dengan legenda kung fu Bruce Lee dalam filem The Way of the Dragon, sebelum muncul dalam pelbagai filem aksi dan menjadi fenomena budaya pop serta inspirasi meme – termasuk jenaka pertarungannya dengan Superman.

Bekas anggota Tentera Udara Amerika Syarikat itu juga pernah mencetuskan kontroversi kerana pandangan politiknya, termasuk kempen menentang   Barack Obama dan menyatakan sokongan kepada pemimpin Israel Benjamin Netanyahu.

Pada 2019, beliau turut menjadi wajah promosi syarikat senjata Glock. – AFP.

Continue Reading

Previous: Video khas raya MCMC angkat isu penipuan dalam talian 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.