Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bina Puri, Hanil Electric meterai MoU bina loji pembuatan di Sarawak
  • BISNES

Bina Puri, Hanil Electric meterai MoU bina loji pembuatan di Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
MoU antara  Bina Puri Holdings Bhd dengan Hanil Electric Group Co. Ltd dari Korea Selatan.

KUALA LUMPUR: Bina Puri Holdings Bhd hari ini mengumumkan telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hanil Electric Group Co. Ltd dari Korea Selatan bagi membangunkan sebuah loji pembuatan bernilai kira-kira RM220 juta di Sarawak.

Melalui perjanjian itu, Bina Puri berpotensi dilantik sebagai kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi projek berkenaan selain bertindak sebagai wakil eksklusif Hanil untuk promosi serta pengedaran produk mereka di Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Marcus Goh Kee Lun, kerjasama itu menandakan perkembangan penting selepas pelantikan barisan pengurusan baharu pada April lalu.

“Kami amat berbesar hati kerana dipilih oleh Hanil untuk menjadi ejen eksklusif mereka di Malaysia bagi produk-produk premium dan berkualiti, di samping berpotensi menjadi kontraktor EPCC untuk loji pembuatan mereka pada masa hadapan.

“Pada awal Ogos lalu, Bina Puri menerima surat kelulusan daripada Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC) di bawah Bank Negara Malaysia bagi membantu menjadi pengantara dengan pemiutang. 

“Ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha kami menstruktur semula hutang dan mengembalikan kedudukan kewangan ke tahap kukuh,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Beliau menambah, Bina Puri kini giat mempersiapkan diri untuk membida projek baharu di Sarawak dan seluruh Malaysia, dengan keyakinan syarikat mampu meningkatkan nilai kepada pemegang saham.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hanil Electric Co. Ltd, Kang Jae Sung, berkata pihaknya teruja bekerjasama dengan Bina Puri yang disifatkan sebagai pemain mantap dalam industri hartanah dan pembinaan.

“Kerjasama ini bukan sahaja akan mengukuhkan kehadiran pasaran kami di Malaysia, malah membuka peluang baharu di seluruh rantau Asia Tenggara,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, Bina Puri kembali mencatat keuntungan bersih sebanyak RM2.65 juta selepas lima tahun mengalami kerugian, berbanding kerugian RM15 juta pada tahun sebelumnya. Perolehan pula melonjak 66 peratus tahun ke tahun kepada RM278.8 juta.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Bekalan elektrik pulih, loji fosfat di Bintulu beroperasi semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.