
PETRA JAYA: Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM915,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi tahun kewangan 2024 di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah hadir menyaksikan penyerahan zakat perniagaan tersebut.

Penyerahan zakat itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Dato’ Mohd Muazzam Mohamad kepada Pengurus Besar TBS Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie.
Turut hadir Ketua Sektor Operasi TBS Mohd Yusree Mohd Zain, Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan BIMB Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Sharifah Sarah Syed Mohamad Tahir dan tetamu kehormat lain.
-UKAS