Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bilik sewa terbakar di Padawan, tiada kecederaan dilaporkan
  • KEBAKARAN

Bilik sewa terbakar di Padawan, tiada kecederaan dilaporkan

Utusan Sarawak 3 days ago
KEADAAN kebakaran sebuah bilik sewa di tingkat bawah sebuah bangunan kedai di Jalan Cinle Landeh, Padawan.

PADAWAN: Sebuah bilik sewa di tingkat bawah sebuah bangunan kedai di Jalan Cinle Landeh, Padawan, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 5.30 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK I Ahmad Shah, berkata setibanya pasukan bomba di tempat kejadian pada 5.56 petang, didapati kebakaran melibatkan sebuah bilik sewa berukuran 8×8 kaki persegi yang terletak di dalam bangunan kedai berstruktur konkrit.

“Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus keseluruhan bilik berkenaan namun tidak merebak ke bilik lain.

“Orang awam bertindak pantas memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba, sekali gus mengelakkan kejadian lebih buruk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, pasukan bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi sisa api yang boleh mencetuskan semula kebakaran.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota bersama satu jentera CFRT dan satu EMRS itu tamat sepenuhnya selepas kawasan disahkan selamat.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan, dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Rumah kosong musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir, Lutong
Next: Kebakaran musnahkan rumah di Jalan Sawmill Sebuyau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.