Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bilik rumah musnah terbakar, tiada mangsa cedera
  • KEBAKARAN

Bilik rumah musnah terbakar, tiada mangsa cedera

Utusan Sarawak 3 hours ago
PASUKAN BOMBA…..Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran sebuah bilik dalam sebuah rumah di Lorong Rhu, awal pagi tadi. Foto Bomba Sarawak

SIBU: Sebuah bilik dalam sebuah rumah di Lorong Rhu di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.11 pagi.

Menurut kenyataan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral tiba di lokasi pada 4.14 pagi, kira-kira dua kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik berkeluasan 10×10 kaki yang terbakar 100 peratus, namun berjaya dikawal daripada merebak ke keseluruhan bangunan,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran berjaya dikawal pada 4.20 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.40 pagi selepas pasukan bomba memastikan keadaan selamat.

Seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi pemadaman dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Polis turut membantu di lokasi dengan empat anggota. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kebakaran kecil rumah pekerja di Muara Tebas berjaya dikawal awal
Next: Dua kenderaan turut musnah dalam kebakaran rumah di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.