

(SPSS). Sistem baraj atau bendungan sungai ini mempunyai lima pintu utama untuk mengawal paras air laut yang memasuki sungai Sarawak.
Pembinaan baraj yang menelan belanja RM150 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos 1998 dan reka bentuk baraj dibina berdasarkan keadaan banjir
yang berlaku sebelum ini, khususnya banjir besar di sini pada tahun 1963 serta maklumat tambahan daripada pakar dari Britain dan Denmark. Keberkesanan sistem bendungan itu telah memberi impak terhadap kejadian banjir di Kuching dan kawasan berhampiran. • FotoBERNAMA
KUCHING: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) mengaktifkan bilik gerakan banjirnya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, bilik operasi akan menggerakkan aset dan bantuan sekiranya banjir berlaku.
Beliau berkata, LSS juga telah menghantar pasukan ke kampung di sepanjang Sungai Sarawak Kiri dan Sungai Sarawak Kanan yang mana stesen telemetri terletak untuk mengingatkan mereka supaya berwaspada sekiranya siren amaran banjir berbunyi.
“Sekiranya ada tanda air naik, kita ada siren di stesen telemetri bagi memberi amaran kepada penduduk di kawasan itu supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.
“Dengan ramalan cuaca kurang baik oleh Jabatan Meteorologi untuk beberapa hari ini, mereka yang tinggal di kawasan rendah perlu berwaspada dan sentiasa mengikut nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya ketika lawatan kerja ke Baraj Sungai Sarawak di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri Muda Pengangkutan I Datuk Dr. Jerip Susil dan Menteri Muda Pengangkutan II Datuk Henry Harry Jinep.
Lee berkata, lawatannya ke baraj itu adalah untuk memastikan sistem kawalan dan stesen telemetrinya berfungsi dengan baik bagi menghadapi monsun timur laut.
Oleh JEAKQLEYN YACHO