Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bilangan mangsa banjir menurun kepada 1,635 orang, satu PPS ditutup
  • TEMPATAN

Bilangan mangsa banjir menurun kepada 1,635 orang, satu PPS ditutup

Utusan Sarawak 6 hours ago
INFOGRAFIK bencana banjir Sarawak yang dikeluarkan setakat 8.00 malam ini. Foto: APM Sarawak

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak menunjukkan trend pemulihan perlahan apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus menurun setakat 8.00 malam ini.

Menurut Laporan Bencana Negeri Sarawak, seramai 1,635 mangsa daripada 504 Ketua Isi Rumah (KIR) masih berada di sepuluh PPS yang beroperasi di tiga bahagian iaitu Serian, Sibu, dan Bintulu.

Di Bahagian Serian, kawasan ini kekal sebagai yang paling terjejas dengan lima PPS masih aktif. Bagaimanapun, Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Sorah telah ditutup secara rasmi pada 2.00 petang tadi.

PPS SK Tanah Putih menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 448 orang, diikuti Dewan Ranchan dengan 113 mangsa, Dewan Kampung Slabi Entukuh (57 mangsa), Dewan Masyarakat Serian (311 mangsa) dan Stadium Tertutup Bola Keranjang (95 mangsa).

Dalam pada itu, seramai 28 mangsa daripada lima keluarga masih berlindung di Awah Gawai Nrangan Biriyak Kampung Krusen Kranji akibat insiden tanah runtuh.

Sementara itu, di Bahagian Bintulu dan Sebauh, jumlah mangsa di Dewan Suarah Bintulu menunjukkan penurunan kepada 237 orang. Di Sebauh, Balai Raya Sebauh mencatatkan peningkatan mangsa kepada 151 orang, manakala Dewan Sri Kemena SMK Sebauh kekal dengan 189 mangsa.

Di Sibu, situasi kekal stabil dengan hanya satu PPS beroperasi, iaitu Dewan SMK Bukit Assek yang menempatkan enam mangsa daripada sebuah keluarga.

Secara keseluruhan, angka mangsa banjir di negeri hari ini menunjukkan penurunan beransur-ansur, namun pihak berkuasa masih mengekalkan pemantauan rapi bagi memastikan keselamatan mangsa serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan banjir susulan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kod penerbangan AirBorneo bertukar kepada MY mulai esok
Next: AirBorneo berteraskan konsep ‘people first’, tambang berdasarkan kos operasi – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.