Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BIKF simbol kreativiti, perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai budaya
  • Utara
  • WILAYAH

BIKF simbol kreativiti, perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai budaya

Utusan Sarawak 13 hours ago
 JOHNNY Pang bersama tetamu jemputan menyaksikan persembahan layang-layang sempena majlis perasmian BIKF 2025 di Lapangan Terbang Lama Bintulu.

BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2025 membuka tirai dengan meriah di Lapangan Terbang Lama Bintulu hari ini dengan menampilkan 160 penerbang layang-layang dari 29 negara termasuk penyertaan baharu dari Haiti, Macau (China) dan Tamil Nadu (India).

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming yang menyifatkan festival itu sebagai antara acara pelancongan ikonik Sarawak yang terus mengangkat nama Bintulu ke persada antarabangsa.

“BIKF berkembang daripada perhimpunan komuniti kecil kepada acara bertaraf dunia yang menarik pengunjung dan peminat sukan udara dari seluruh pelusuk dunia,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurutnya, festival itu bukan sekadar persembahan keindahan di langit, sebaliknya pemangkin pelancongan, penggerak ekonomi dan platform pertukaran budaya yang membawa manfaat besar kepada penduduk setempat dan peniaga kecil.

“Festival ini membawa ribuan pelawat ke Bintulu, merancakkan perniagaan kecil dan menonjolkan keunikan keramahan masyarakat kita,” ujarnya.

 JOHNNY Pang berucap pada majlis perasmian BIKF 2025 di Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas sokongan berterusan yang membolehkan BIKF terus berkembang seiring Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan aspirasi menjadikan Sarawak sebagai hab pelancongan dinamik.

Menurutnya, kejayaan BIKF 2025 mencerminkan semangat kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, rakan strategik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat yang berganding bahu menjayakan penganjuran festival itu.

 JOHNNY Pang menyempurnakan simbolik pelancaran BIKF 2025 di Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Selain itu, Johnny Pang juga mengajak pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk menikmati pelbagai tarikan Bintulu, mencuba hidangan tempatan dan menyokong peniaga kecil sepanjang festival berlangsung.

Beliau menyifatkan BIKF sebagai simbol keharmonian, kreativiti dan perpaduan masyarakat pelbagai budaya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka tinjau projek pembangunan Kampung Kupang
Next: Hari ketiga operasi SAR mangsa serangan buaya di Sungai Lubok Punggor masih buntu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.