Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BIKF 2026 bakal warnai langit Bintulu hujung Julai ini
  • Utara
  • WILAYAH

BIKF 2026 bakal warnai langit Bintulu hujung Julai ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
POSTER rasmi Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2026 yang akan berlangsung di Lapangan Terbang Lama Bintulu dari 22 hingga 26 Julai ini. Foto Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

BINTULU: Bintulu bakal sekali lagi menjadi tumpuan peminat layang-layang dari dalam dan luar negara menerusi penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2026, yang akan berlangsung di Lapangan Terbang Lama Bintulu dari 22 hingga 26 Julai ini.

Festival tahunan anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) itu dijangka menghimpunkan peserta dari pelbagai negara yang akan mempersembahkan layang-layang kreatif dan bersaiz gergasi. Sepanjang lima hari penganjuran, ruang udara Bintulu akan dihiasi dengan pelbagai bentuk dan warna layang-layang yang memukau.

Selain pertunjukan layang-layang, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti lain seperti persembahan kebudayaan, bazar makanan dan kraf tempatan, ruang fotografi serta aktiviti mesra keluarga yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Festival itu bukan sahaja mempromosikan seni permainan layang-layang, malah mengukuhkan kedudukan Bintulu sebagai destinasi pelancongan dan lokasi penganjuran acara bertaraf antarabangsa di Sarawak.

Penganjuran BIKF 2026 dijangka memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan menerusi peningkatan jumlah pelawat, sekali gus menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri hospitaliti di Bintulu.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan festival ini serta menyaksikan keunikan layang-layang dari pelbagai negara.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Festival Pantai Tanjung Kembang Kabong 2026 berlangsung 25 hingga 27 September depan
Next: 40 penternak sertai program pemerkasaan akuakultur di Batang Ai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.